Tuesday, January 18, 2011

SUMBER RUJUKAN KOMUNIKASI ISLAM



Sebagai seorang yang mengaku dirinya sebagai umat yang beragama Islam, tentunya mereka juga mengetahui apakah sumber rujukan mereka sebagai muslimin atau muslimat. Komunikasi Islam tidak lain adalah segala pesan (message) yang sesuai dengan ajaran Islam dengan berdasarkan kepada Al-quran dan Hadis Nabi Muhammad Saw. Tentu saja pesan yang menjadi kajian dalam ilmu komunikasi Islam adalah pesan yang disampaikan sesuai dengan pesan-pesan yang diinginkan oleh Al-quran mahupun Hadis Nabi Saw. 


  Seorang muslim yang telah meyakini kebenaran Islam, ia harus mengembalikan seluruh dimensi kehidupannya dalam rengkuhan nilai-nilainya yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Keduanya harus dijadikan rujukan utama dalam cara berfikir,mengambil keputusan dan cara bertindak. Ini kerana Al-Quran dan As-Sunnah inilah merupakan sumber petunjuk yang mampu membimbing manusia ke jalan yang benar.

“Kami tidak menurunkan Al Qur’an ini kepadamu agar kamu menjadi susah.” (QS 20:2)

“Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (QS 17:9)
“Tidaklah beriman seseorang di antara kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa.” (Lihat Arba’in Nawawi)
“Bagi setiap amal itu ada masa semangat (puncaknya, dan bagi setiap masa semangat itu ada masa lemah (malas). Barang siapa yang tetap mengikuti sunnahku di masa lemahnya, sungguh ia akan memperoleh petunjuk. Dan barang siapa yang mengikuti selain sunnahku pada masa lemahnya nescaya ia akan binasa.” (HR Ibnu Hibban dan Ahmad)
Dan apabila ada manusia yang berpegang teguh pada konsep-konsep selain Al-Quran dan As-Sunnah dalam meniti kehidupannya, nescaya ia akan menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Ia akan sesat, terumbang-ambing dalam dunia maya yang tidak menentu dan akhirnya terjebak dalam jaring hawa nafsu yang menyesatkan.
“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku(Al-Quran), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.(QS 20:124)
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan  kamu  khalifah (penguasa) di muka bumi,  maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan haq (kebenaran dan adil) dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari  jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat  azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (QS 38:26)

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna berkata: “Al-Quran dan As-Sunnah merupakan rujukan utama bagi setiap muslim dalam mengenal (memahami) hukum-hukum Islam.”

Dan Al-Quran harus difahami sesuai dengan kaedah-kaedah Bahasa Arab tanpa dengan takalluf (susah payah/memberatkan) dan ta’assuf (serampangan/ seporadis). Dan dalam memahami As-Sunnah  Al-Muthoharah harus dikembalikan kepada Rijalul hadits (Ahli/pakar hadits) yang terpercaya.”

DALIL-DALIL TENTANG PRINSIP INI

Adapun dalil-dalil yang menegaskan bahawa setiap muslim harus kembali kepada dua sumber iaitu, Al-Quran dan Al-Hadis sangatlah banyak. Di antaranya adalah;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih 
utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”(QS 4:59)

“…Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.”(QS 16:89)
“…Dan apa yang dibawa Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.” (QS 59:7)

Dan di antara hadis-hadis Rasulullah saw yang berkaitan dengan ini adalah;

“Bagaimana kamu (Mu’adz bin Jabal) menghukumi apabila datang kepadamu masalah hukum?, Ia berkata: “Aku akan menghukumi dengan Kitab Allah.” Beliau bertanya lagi: “Maka apabila kamu tidak menemukannya dalam Kitab Allah?”, Ia menjawab: “Maka (Aku menghukumi) dengan Sunnah Rasulullah.” Beliau bertanya kembali: “Maka apabila kamu tidak menemukannya dalam sunnah Rasulullah saw dan Kitabullah?” Ia berkata: “Aku akan berijtihad sesuai dengan pendapatku dan aku tidak akan menyimpang.” Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangan ke dadanya seraya bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Utusannya Allah terhadap sesuatu yang diredhai Rasulullah.”

“Siapa di antara kalian yang masih hidup sesudahku maka dia pasti akan melihat perbezaan yang dahsyat. Oleh kerana kalian harus mengikuti Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ur Rasyidin. Gigitlah sunnah itu dengan gigi taringmu.” (HR Abu Dawud)

Imam Al-Auzai berkata: “Bersabarlah mengikuti Sunnah, berhentilah di mana kaum Slaf berhenti, katakanlah apa yang mereka katakan, jauhilah apa yang mereka jauhi, ikutilah jalan para pendahulumu yang soleh, kerana apa yang cukup bagi mereka akan cukup bagimu.”

Imam Sufyan berkata: “Tidak diterima suatu perkataan kecuali disertai amal, dan tidaklah  lurus perkataan dan amal kecuali dengan niat dan tidak lurus perkataan, amal dan niat kecuali bila sesuai dengan sunnah.”

Di dalam penentuan dan penggalian hukum-hukum Islam, selalu mengacu kepada dalil-dalil syariah baik yang disepakati mahupun yang diperselisihkan. Dan di dalam prinsip ini, Imam Syahid hanya menyebutkan dua sumber dari dalil-dalil qot’iah lainnya disebabkan oleh;

Pertama, Ia ingin menghimpun hati-hati umat dalam jalan yang telah disepakati, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Adapun dalil Ijma’ dan Qias ada sebahagian Ulama yang memperselisihkan. Dan dalil-dalil yang lain seperti ‘Urf, Istihsan, Mashalih Al-Mursalah dan yang lainnya merupakan  perdebatan para Ulama.

Kedua, Sesungguhnya dalil-dalil yang lain, Al-Quran dan As-Sunnahlah yang mengisyaratkan kepadanya. Oleh kerana itu merasa cukup dengan keduanya adalah merasa cukup dengan asal tanpa mengingkari dalil-dalil yang lain bagi yang menggunakannya.

Imam Asy-Syathibi berkata: “Sesungguhnya dalil-dalil itu ada dua macam iaitu naqliah dan aqliah. Dan ketika melakukan analisis lebih jauh lagi kita sampai sebuah konklusi bahawa dalil-dalil syariah hanya terangkum dalam Al-Kitab dan As-Sunnah. Ini kerana dalil-dalil yang tetap itu tidak mungkin tertumpu pada akal. Akan tetapi hanya bersandar pada Al-Kitab dan As-Sunnah. Keduanya merupakan sumber utama dan tempat bersandarnya hukum-hukum yang ada…” (Al-Muwafaqat, Asy-Syatibi 23/42)

kesimpulannya, yang boleh saya nyatakan di sini adalah, kita haruslah berpegang teguh kepada pegangan Al- Quran dan As- Sunnah supaya segala apa yang lahir dari bibir tidak disalah ertikan oleh sesiapa dan disenangi oleh penerima.

sumber rujukan : mcdens13's blog .. tq;)

Sunday, January 16, 2011

KOMUNIKASI ISLAM

KONSEP KOMUNIKASI




    Setiap hari kita akan berinteraksi sesama manusia, tidak kira dimana jua. Sama ada di sekolah, tempat kerja dan lain-lain tempat lagi. Tapi adakah kita mengetahui makna sebenar komunikasi. Berikut adalah maksud komunikasi;

Dari segi bahasa perkataan komunikasi bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Ia adalah satu proses interaksi antara dua orang atau lebih dan hasilnya manusia beroleh persefahaman, pemindahan maklumat, kesenangan, tindakan bersesuaian dan sebagainya. Semua bentuk komunikasi adalah dibenarkan selagi tiada perkara yang bertentangan dengan syariat. 

     Antara perkataan yang bermaksud komunikasi yang terakam dalam al-Quran adalah "Wasola" yang membawa membawa maksud sampaikan, "al-Alaq" bermaksud bacalah, "al-Nisa" yang bermaksud Khabarkanlah, " al-Mu'min" bermaksud Katakanlah, "al-Asr" yangbermaksud berpesan-pesan dan " al-Maidah" yang bermaksud dengarkanlah.

    Dari perspektif agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan-rakan muslim ataupun kepada bukan muslim. Setiap individu muslim dianggap komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-masing.


PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum..
untuk permulaannya, saya ingin meminta maaf kerana lewat menulis entry blog ini.. harap ini tidak menjejaskan entry saya selepas ini.. amat berterima kasih pada kawan-kawan sebab mereka menjadi sumber rujukan saya utk menulis entry ini.. untuk menulis yang berunsurkan dakwah ini, bukanlah mudah, tetapi saya akan berusaha keras demi menyempurnakan tugasan saya.. ribuan terima kasih juga kepada pensyarah citu saya, kerana banyak mendorong kami sekelas utk melakukan tugaan ini :)