Sunday, March 20, 2011

KESAN PENYALAHGUNAAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT

Terdapat banyak kesan yang boleh didapati jika manusia salah atau tidak tahu menggunakan media. Antara kesan- kesan penyalahgunaan media boleh terbahagi kepada 3 iaitu:-

Televisyen
Televisyen merupakan media elektronik yang paling terkenal di dunia. Semua orang akan menonton televisyen bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, bukan sahaja anak-anak kecil tetapi juga yang sudah tua. Apa yang ingin disampaikan disini ialah pengisi di televisyen tersebut hendak lah mengikut apa yang telah di hadkan. Sebagai contoh setiap cerita yang hendak disiarkan di televisyen hendak lah ditapis dahulu babak-babak yang tidak dikehendaki atau pun yang tidak bersesuaian dengan umur. Hal ini dapat membuatkan masyarakat lebih merasa bebas dan akan mudah terpengaruh dengan sifat negatif seperti itu dan mengamalkannya di dunia luar. Hal ini juga boleh membuatkan gejala sosial di luar dan jenayah semakin meningkat.

Internet
Internet pula merupakan penggunaan teknologi yang paling terkenal pada abad ini kerana segala maklumat yang kita mahukan boleh didapati di internet. Internet juga adalah penyampai maklumat yang paling pantas. Contohnya seperti cerita-cerita sensasi, isu-isu panas pada masa kini boleh didapati dengan begitu cepat sekali malah apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini boleh didapati di dalam internet. Begitu mudah dan cepat tetapi yang menyedihkan adalah pihak-pihak yang menyalahgunakan kerperluan internet yang serba mudah dan cepat ini dengan nafsu dan hasad dengki. Ramai remaja sekarang menyalahgunakan internet dengan melayari laman web lucah untuk memuaskan nafsu mereka. Ada juga yang berjudi melalui internet. Walaupun mempunyai banyak kelebihan dan manfaat melalui internet ini, tidak kurang juga hebatnya dari aspek yang negatif. 

Radio
Radio merupakan penyampai antara media dan masyarakat. Segala cerita yang berlaku akan disampaikan oleh penyampai radio pada hari tersebut tetapi hendak lah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Segala maklumat yang perlu disampaikan hendak lah difahami oleh semua lapisan umur. Sikap yang ditonjolkan oleh penyampai radio juga harus dititik beratkan.


Friday, February 18, 2011

ETIKA KOMUNIKASI ISLAM DAN KEWARTAWANAN DALAM ISLAM

Assalamualaikum..

Terdapat 6 etika komunikasi Islam. Antara etika- etika tersebut ialah;


QAULAN SADIDAN
  • Pembicaraan yang benar, jujur, lurus, tidak bohong, dan tidak berbeli-belit. Buktinya, 


1.
                                                                   ( al-nisa'; 9)

Ayat di atas merangkan bahawa Allah menyuruh manusia menyampaikan ucapan yang benar dalam urusan anak yatim dan keturunan.

2. Allah juga memerintahkan dengan berkata jujur, sesudah taqwa


Firman Allah yang bermaksud,

" Hai, orang- orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ucapkanlah qawlan sadidan. Nanti Allah akan membaikkan amal- amal kamu, mengampuni dosa kamu. Siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, ia akan mencapai keberuntungan yang besar."


3. Nabi Muhammad s.a.w. pula bersabda, 

 "Jauhi dusta, kerana dusta membawa kamu kepada kamu dosa, dan dosa membawa kamu kepada neraka. Lazimkanlah berkata jujur, kerana jujur membawa kamu kepada kebajikan dan membawa kamu kepda syurga."

QAULAN BALIGHAN

  • Kata baligh bererti  fasih, jelas maknanya , terang, tepat mengungkapkan apa yang dikehendaki.
  • qaulan balighan bererti komunikasi yang efektif.
  • Firman Allah;
                                                                    (al-nisa';63)


Ayat di atas menerangkan tentang menyebar maklumat dalam bentuk efektif dan berkesan, memastikan kefahaman dan penerimaan audiens, mengelakkan penyebaran maklumat tidak berfaedah serta perlu meneliti  dan  menganalisis maklumat sebelum disebarkan.


QAULAN MA’RUFAN


  • Kata qaulan ma’rufan disebutkan Allah dalam Al-Quran sebanyak lima kali. 
  • Kata ma’rufan dari kelima ayat tersebut, berbentuk isim maf’ul dari kata ‘arafa, bersinonim dengan kata al-Khair atau al-Ihsan yang bererti baik.
  • Firman Allah;
                                                                    (al- nisa;5)

 Maksudnya; "Dan janganlah kamu serahkan kepada orang yang tidak sempurna akalnya harta yang Allah jadikan kamu penjaganya; dan berilah kepada mereka perbelanjaan dan pakaian, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada mereka"

  • Ayat diatas menyuruh umat Islam supaya  memberikan maklumat berisi kebenaran & kebaikan dan mengelak unsur-unsur negatif


QAULAN KARIMAN

                                                                 (al- Israa; 23)
  • Ayat di atas menerangkan kepada kita supaya jangan mempertuhankan tuhan lain selain Dia (Allah) dan hendaklah  berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang anak mengikuti perintah Allah ini, ia akan selamat di dunia dan di akhirat.



 QAULAN MAYSURAN

                                                                 al- israa: 28

  • Berdasarkan sebab-sebab turunnya (ashab al-nuzulnya) ayat tersebut, Allah memberikan pendidikan kepada nabi Muhammad saw untuk menunjukkan sikap yang arif dan bijaksana dalam menghadapi keluarga dekat, orang miskin dan musafir.
  • Maklumat perlu disebarkan dalam bentuk mudah


*tambahan kepada etika yang dijumpai di web lain



QAULAN LAYYINAN

                                                                     (ta-ha; 44)
  • Ayat tersebut merupakan perintah Allah swt kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk mendakwahkan ayat-ayat Allah kepada Firaun dan kaumnya. Firaun sebagai seorang Raja Mesir memiliki watak keras, sombong, dan menolak ayat-ayat Allah, bahkan menentang Allah dengan mengaku sebagai Tuhan.
  • Nabi Muhammad saw satu contoh kepada kita bahwa beliau selalu berkata lemah lembut kepada siapa pun, baik kepada keluarganya, kepada kaum muslimin yang telah mengikuti nabi, mahupun kepada manusia yang belum beriman.
  • Dalam konteks komunikasi, model komunikasi demikian disebut komunikasi yang efektif. Komunikasi yang efektif adalah komunikasi  yang berhasil mencapai tujuan dengan feedbackyang positif. Wilbur Schramm menuliskan apa yang dinamakan the condition of success in communication.

Kewartawanan dalam Islam adalah ;-

  • Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
  • Mempertahankan isu- isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah
  • Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  • Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu caradakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan prespektif Islam
  •  Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan

CARA KOMUNIKATOR ISLAM YANG DAPAT MENDEKATI GOLONGAN REMAJA


Komunikator memainkan peranan penting dalam menyebarkan sesuatu ajaran kepada umat Islam. Golongan remaja amat diberi penekanan dalam menyebarkan ajaran Islam kepada mereka. Ini kerana mereka lah yang akan memimpin dan 'memegang' pentadbiran pada masa akan datang. Terdapat beberapa cara komunikator Islam dalam mendekati golongan remaja. Antaranya:-


1-Menyeru kepada keimanan

  • Pengertian komunikasi merujuk kepada mengajak serta memindahkan pemikiran atau atau perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT kepada perbuatan- perbuatan yang diredhai. Itulah peranan seseorang komunikator dalam mengingatkan masyarakat supaya menyembah Allah yang Esa dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu. 



Allah berfirman;-
                                                                                                                            (Yusof : 108)
Maksudnya :  Katakanlah: “Inilah jalanku, aku seru kepada Allah dengan basirah (pandangan yang jelas), dan (demikian juga) orang yang mengikuti daku. Dan Subhana’llah (Maha Suci Allah)! Dan aku bukan daripada golongan yang musyrik.” 



                                                                                  
                                                                                                                                                              (al-Nisa': 36)

Maksudya : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; 

                                                                                                                                (Luqman: 13)
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". 

  • Komunikator  haruslah berhati- hati untuk berhadapan dengan beberapa jenis golongan masyarakat dalam menyampaikan mesej ini, iaitu:

-golongan yang tidak bertuhan
-golongan yang mensyirikkan Allah

  • Di samping itu, kita juga haruslah menjaga hubungan baik antara kita dengan Allah dan sesama manusia.

2-Memberi peringatan dan amaran

  • Peringatan yang diberikan adalah berbentuk janji- janji baik untuk mereka yang taat atau amaran janji- janji buruk kepada mereka yang ingkar.

  • Firman Allah:-

                                                                                                                          (al zalzalah: 7-8)

Maksudnya : Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! .Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 

  • 4 golongan yang tidak dalam kerugian seperti yang telah dinyatakan dalam Surah al-Asr' ialah :

-mereka yang beriman
-mereka yang beramal soleh
-mereka yang menasihati atas kebenaran
-mereka yang menyampaikan nasihat dengan kesabaran

3-Mengubah sesuatu dari negatif kepada positif
Firman Allah ;


                                                                                                                                 (ali- Imran : 104)
Maksudnya ; Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

  •  Amar makruf nahi mungkar dapat dilakukan di sini.

4-Mencapai tujuan bersama ( mendapat keredhaan ilahi)

  • Seorang komunikator perlu menyedari bahawa tujuan hidup dan matinya adalah semata- mata kerana Allah dan mendapat keredhaan- Nya. Namun, bukan setakat untuk dirinya sahaja bahkan perlu mencapai semua manusia, di samping mendorong dan merangsang orang lain untuk melakukan amal kebajikan.


Friday, February 11, 2011

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KOMUNIKATOR ISLAM

Seorang komunikator yang baik dan berpegang kepada amanah Allah, memainkan peranan yang besar dalam membentuk masyarakat malah perlu diingatkan bahawa seorang komunikator juga sebenarnya menjalankan tugas dakwah.

  • menyeru kepada keimanan
  • memberi peringatan dan amaran
  • mengubah sesuatu dari negatif kepada positif
  • mencapai tujuan bersama(mendapat keredhaan Ilahi)
  • memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat
Namun terdapat pelbagai halangan yang perlu ditempuh atau diselesaikan oleh seorang komunikator agar tugas dakwah mereka berjalan lancar.



  • kegagalan dalam penyampaian mesej, disebabkan oleh cara penyampaian mesej yang kabur, mesej yang disampaikan dengan menggunakan perkataan yang sukar difahami dan bahasa yang digunakan tidak jelas.
  • kegagalan dalam memahami mesej, terjadi kerana  mesej yang diterima tergantung atau tidak jelas, penerima mesej lemah di dalam bahasa- bahasa tertentu, berlaku perubahan kepada mesej asal yang disampaikan

METODE YANG DISARANKAN RASULULLAH DALAM MENCEGAH KEMUNGKARAN

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ 
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman                    
                                                                                                                                                      (Hadis sahih riwayat Muslim)

1. mengubah dengan tangan 
    -mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing

2. mengubah dengan lidah/lisan
    - mengubah dengan percakapan atau lisan, iaitu dengan memberi teguran, nasihat dan bimbingan yang baik.

3. mengubah dengan hati 
    - dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran. Kita hendaklah  berazam tidak melakukan kemungkaran dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa. Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.


Kesan tidak mengikut prinsip dakwah yang betul

  •          Sasaran dakwah tidak dapat menerima kebenaran.
  •          Nama baik umat Islam tercemar.
  •          Berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
  •          Masyarakat Islam menjadi mundur dan dipandang rendah.






PERANAN MEDIA ISLAM DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM

Pandangan sarjana komunikasi Barat ;



  • pemberitahu dan pengawal persekitaran
  • penggalak perbincangan dan pendorong perubahan
  • agen sosialisasi serta penyalur budaya dan nilai
  • penghibur
5 aspek terpenting dalam menyebarkan serta menghadapi realiti semasa umat Islam ;

  • menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai
  • mempertahankan isu- isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah
  • menggunakan pendkatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan
  • melancarkan perang saraf terhadap musuh
  • menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan


Antara manfaat yang diperolehi melalui sistem maklumat Islam ialah :

  • dapat mengatasi salah faham masyarakat bukan Islam terhadap masyarakat Islam
  • boleh menjadi alat dan saluran bagi menyelesaikan berbagai masalah yang sering menimbulkan saah faham mengenai Islam dlam berbagai media
  • memupuk dan menanam semangat keislaman sejati kepada dunia pemikira umat Islam dan memupuk epistemologi tulen dalam kalangan umat Islam 
                                                                                                                  (Uthman Al- Muhammadi)



  • dapat memberimodel masyarakat Islam di Malaysia yang memberi layanan kepada masyarakat bukan Islam minoriti secara adil dan saksama.
  • mempertingkatka n bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat Islam.
  • memperkembangkan pembangunan perdagangan dan ekonomi umat Islam tanpa percanggahan dengan prinsip Islam                                                                              
                                                                                                                              (Dr. Ismail Ibrahim)

HALANGAN DAN JENIS MEDIA DALAM KOMUNIKASI





Saban hari manusia akan berinteraksi sesama sendiri. Untuk itu, Islam amat menitikberatkan kesopanan dalam setiap tutur kata. Islam juga bukan sahaja menghalang kita supaya tidak bertutur kasar sesama manusia, malahan pada makhluk ciptaan Allah yang lain juga. Misalnya, tumbuh- tumbuhan yang ditanam perlulah dijaga dengan baik. Di samping itu, haiwan peliharaan juga perlulah di jaga dan bertutur dengannya dengan baik. Antara halangan komunikasi ialah,



  •  mengutuk orang
  • memperkecil- kecilkan orang
  • membocorkan rahsia orang
  • mengumpat orang
  • memuji berlebihan
  • bertengkar
  • bercakap kotor

Manakala, di antara media yang digunakan dalam komunikasi( dakwah) Islam ialah ;
  • al- Quran 
          - menjadi informasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk, nasihat, memberi keyakinan dan
            memperkukuh terhadap pegangan hidup
  • Jemaah atau Organisasi 
          - meliputi organisasi formal dan  tidak formal yang wujud dalam masyarakat Islam
          - organisasi dianggap media yang cukup berkesan berperanan bagi menyalurkan berbagai maklumat
             kepada setiap individu dan masyarakat.
  • Lisan
          - paling banyak digunakan dan berkesan dalam menyampaikan pelbagai mesej seperti berpidato dan
             kuliah
  • Tulisan
          -bertahan lama kerana boleh disimpan, mudah difahami dan lebih murah.
  • Lukisan atau Gambar
          -tertua dan masih berkesan. Digunakan secara meluas sehingga kini.
  • Bahasa Isyarat
          -merupakan suatu penyampaian mesej dengan memperlihatkan perbuatan atau tingahlaku seseorang
            yang mempunyai makna
  • Audio- Visual
         -maklumat akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami serta lebih mudah diikuti