عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
(Hadis sahih riwayat Muslim)
1. mengubah dengan tangan
-mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing
2. mengubah dengan lidah/lisan
- mengubah dengan percakapan atau lisan, iaitu dengan memberi teguran, nasihat dan bimbingan yang baik.
3. mengubah dengan hati
- dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran. Kita hendaklah berazam tidak melakukan kemungkaran dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa. Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.
Kesan tidak mengikut prinsip dakwah yang betul
- Sasaran dakwah tidak dapat menerima kebenaran.
- Nama baik umat Islam tercemar.
- Berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
- Masyarakat Islam menjadi mundur dan dipandang rendah.
No comments:
Post a Comment