Friday, February 18, 2011

ETIKA KOMUNIKASI ISLAM DAN KEWARTAWANAN DALAM ISLAM

Assalamualaikum..

Terdapat 6 etika komunikasi Islam. Antara etika- etika tersebut ialah;


QAULAN SADIDAN
  • Pembicaraan yang benar, jujur, lurus, tidak bohong, dan tidak berbeli-belit. Buktinya, 


1.
                                                                   ( al-nisa'; 9)

Ayat di atas merangkan bahawa Allah menyuruh manusia menyampaikan ucapan yang benar dalam urusan anak yatim dan keturunan.

2. Allah juga memerintahkan dengan berkata jujur, sesudah taqwa


Firman Allah yang bermaksud,

" Hai, orang- orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ucapkanlah qawlan sadidan. Nanti Allah akan membaikkan amal- amal kamu, mengampuni dosa kamu. Siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, ia akan mencapai keberuntungan yang besar."


3. Nabi Muhammad s.a.w. pula bersabda, 

 "Jauhi dusta, kerana dusta membawa kamu kepada kamu dosa, dan dosa membawa kamu kepada neraka. Lazimkanlah berkata jujur, kerana jujur membawa kamu kepada kebajikan dan membawa kamu kepda syurga."

QAULAN BALIGHAN

  • Kata baligh bererti  fasih, jelas maknanya , terang, tepat mengungkapkan apa yang dikehendaki.
  • qaulan balighan bererti komunikasi yang efektif.
  • Firman Allah;
                                                                    (al-nisa';63)


Ayat di atas menerangkan tentang menyebar maklumat dalam bentuk efektif dan berkesan, memastikan kefahaman dan penerimaan audiens, mengelakkan penyebaran maklumat tidak berfaedah serta perlu meneliti  dan  menganalisis maklumat sebelum disebarkan.


QAULAN MA’RUFAN


  • Kata qaulan ma’rufan disebutkan Allah dalam Al-Quran sebanyak lima kali. 
  • Kata ma’rufan dari kelima ayat tersebut, berbentuk isim maf’ul dari kata ‘arafa, bersinonim dengan kata al-Khair atau al-Ihsan yang bererti baik.
  • Firman Allah;
                                                                    (al- nisa;5)

 Maksudnya; "Dan janganlah kamu serahkan kepada orang yang tidak sempurna akalnya harta yang Allah jadikan kamu penjaganya; dan berilah kepada mereka perbelanjaan dan pakaian, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada mereka"

  • Ayat diatas menyuruh umat Islam supaya  memberikan maklumat berisi kebenaran & kebaikan dan mengelak unsur-unsur negatif


QAULAN KARIMAN

                                                                 (al- Israa; 23)
  • Ayat di atas menerangkan kepada kita supaya jangan mempertuhankan tuhan lain selain Dia (Allah) dan hendaklah  berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang anak mengikuti perintah Allah ini, ia akan selamat di dunia dan di akhirat.



 QAULAN MAYSURAN

                                                                 al- israa: 28

  • Berdasarkan sebab-sebab turunnya (ashab al-nuzulnya) ayat tersebut, Allah memberikan pendidikan kepada nabi Muhammad saw untuk menunjukkan sikap yang arif dan bijaksana dalam menghadapi keluarga dekat, orang miskin dan musafir.
  • Maklumat perlu disebarkan dalam bentuk mudah


*tambahan kepada etika yang dijumpai di web lain



QAULAN LAYYINAN

                                                                     (ta-ha; 44)
  • Ayat tersebut merupakan perintah Allah swt kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk mendakwahkan ayat-ayat Allah kepada Firaun dan kaumnya. Firaun sebagai seorang Raja Mesir memiliki watak keras, sombong, dan menolak ayat-ayat Allah, bahkan menentang Allah dengan mengaku sebagai Tuhan.
  • Nabi Muhammad saw satu contoh kepada kita bahwa beliau selalu berkata lemah lembut kepada siapa pun, baik kepada keluarganya, kepada kaum muslimin yang telah mengikuti nabi, mahupun kepada manusia yang belum beriman.
  • Dalam konteks komunikasi, model komunikasi demikian disebut komunikasi yang efektif. Komunikasi yang efektif adalah komunikasi  yang berhasil mencapai tujuan dengan feedbackyang positif. Wilbur Schramm menuliskan apa yang dinamakan the condition of success in communication.

Kewartawanan dalam Islam adalah ;-

  • Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
  • Mempertahankan isu- isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah
  • Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  • Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu caradakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan prespektif Islam
  •  Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan

No comments:

Post a Comment