Seorang komunikator yang baik dan berpegang kepada amanah Allah, memainkan peranan yang besar dalam membentuk masyarakat malah perlu diingatkan bahawa seorang komunikator juga sebenarnya menjalankan tugas dakwah.
- menyeru kepada keimanan
- memberi peringatan dan amaran
- mengubah sesuatu dari negatif kepada positif
- mencapai tujuan bersama(mendapat keredhaan Ilahi)
- memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat
Namun terdapat pelbagai halangan yang perlu ditempuh atau diselesaikan oleh seorang komunikator agar tugas dakwah mereka berjalan lancar.
- kegagalan dalam penyampaian mesej, disebabkan oleh cara penyampaian mesej yang kabur, mesej yang disampaikan dengan menggunakan perkataan yang sukar difahami dan bahasa yang digunakan tidak jelas.
- kegagalan dalam memahami mesej, terjadi kerana mesej yang diterima tergantung atau tidak jelas, penerima mesej lemah di dalam bahasa- bahasa tertentu, berlaku perubahan kepada mesej asal yang disampaikan
No comments:
Post a Comment