Friday, February 11, 2011

HALANGAN DAN JENIS MEDIA DALAM KOMUNIKASI





Saban hari manusia akan berinteraksi sesama sendiri. Untuk itu, Islam amat menitikberatkan kesopanan dalam setiap tutur kata. Islam juga bukan sahaja menghalang kita supaya tidak bertutur kasar sesama manusia, malahan pada makhluk ciptaan Allah yang lain juga. Misalnya, tumbuh- tumbuhan yang ditanam perlulah dijaga dengan baik. Di samping itu, haiwan peliharaan juga perlulah di jaga dan bertutur dengannya dengan baik. Antara halangan komunikasi ialah,



  •  mengutuk orang
  • memperkecil- kecilkan orang
  • membocorkan rahsia orang
  • mengumpat orang
  • memuji berlebihan
  • bertengkar
  • bercakap kotor

Manakala, di antara media yang digunakan dalam komunikasi( dakwah) Islam ialah ;
  • al- Quran 
          - menjadi informasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk, nasihat, memberi keyakinan dan
            memperkukuh terhadap pegangan hidup
  • Jemaah atau Organisasi 
          - meliputi organisasi formal dan  tidak formal yang wujud dalam masyarakat Islam
          - organisasi dianggap media yang cukup berkesan berperanan bagi menyalurkan berbagai maklumat
             kepada setiap individu dan masyarakat.
  • Lisan
          - paling banyak digunakan dan berkesan dalam menyampaikan pelbagai mesej seperti berpidato dan
             kuliah
  • Tulisan
          -bertahan lama kerana boleh disimpan, mudah difahami dan lebih murah.
  • Lukisan atau Gambar
          -tertua dan masih berkesan. Digunakan secara meluas sehingga kini.
  • Bahasa Isyarat
          -merupakan suatu penyampaian mesej dengan memperlihatkan perbuatan atau tingahlaku seseorang
            yang mempunyai makna
  • Audio- Visual
         -maklumat akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami serta lebih mudah diikuti

No comments:

Post a Comment